Kadangkala kita rasa kita sentiasa betul..Berada dalam garisan mengikut ukuran dan garis yang kita lukis sendiri termasuklah mereka yang berada dalam bulatan hidup kita..semua perkara perlulah mengikut apa yang kita fikirkan yang terbaik untuk kita mungkin kita terlalu 'perfectionist' tetapi kita tidak sedar bahawa tidak semua yang kita fikirkan adalah yang terbaik untuk orang lain ataupun terbaik pada mata orang lain....
Kita selalu terbang tinggi sehingga terlupa apa yang ada di bawah. Pada waktu kita jatuh kita mencari orang untuk mengubati luka kita tapi bila kita terbang tinggi lagi masihkah kita pandang pada mereka yang pernah menjadi penawar.Kita ada pada dia bila kita perlu dan hilang bila kita jemu. Kadangkala kita terlalu memikir apa yang kita mahu sampai sanggup kita ketepikan orang lain.
Tidak perlu cemburu sebab kitaran kita di dalam dunia semua sama. Ada yang kita dapat tapi ada yang perlu kita korbankan. Mungkin apa yang ada pada dia tiada pada kita dan mungkin ada pada kita dan tiada pada dia.
Pernahkah anda berada dalam situasi ini?
Jadi fikir fikirkanlah............
06 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment