07 November 2008

Kesederhanaan

Mari lihat sekeliling kita dan muhasabah diri kita pernahkah kita berada di dalam situasi mereka. Cuba kita berfikir di luar kotak situasi. Apakah kemampuan saya jika saya diuji dengan permasalahan atau situasi yang sangat rumit sehingga menggugat kesabaran saya sebagai insan yang lemah.

Saya diuji dan kita sebagai manusia hamba kepada Yang Maha Esa sentiasa diuji. Mungkin kita terlalu taksub mengejar kebahagiaan yang kita inginkan sehingga kita terlupa bersyukur dengan apa yang pernah kita ada.

Walapun pandangan itu datang dari seorang yang kita benci atau mungkin kita rasa tidak layak kerana pernah mengecewakan kita tetapi hakikat tetap tidak akan menipu kita. Pandangan itu perlu kita ambil sebagai pedoman dalam hidup kita untuk membaiki kelemahan diri. Kita boleh belajar kesederhanaan dalam hidup kita.

No comments: